Pages

kerna khatan, anakku nyaris diambil orang

saya tulis ni sekadar utk berkongsi pengalaman & memberikan pengajaran kepada rakyat malaysia yg ingin dtg ke UK. saya x nk perkara ni terjadi pd keluarga lain. cukuplah kami sahaja yg melalui saat pahit. bersunat di UK utk perempuan is illegal.

ceritanya bermula mcm ni.. pd thn 2008, saya ambil cuti tanpa gaji untuk mengikut suami melanjutkan pelajaran di UK. masa sampai di UK, saya pregnant 7 bln. pd 29 nov 2008, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aleesha Rafhanah binti Rafeezul. setahu saya, bayi perempuan hendaklah dikhatankan semasa kecil. saya pun ada bertanyakan dengan komuniti malaysian kt situ macammana nk khatankan Aleesha. tapi masa tu semua x tau kt mana boleh khatankan Aleesha. kebetulan masa tu, kebanyakan ramai yg bersalin anak lelaki. klo ada anak perempuan, semuanya telah disunatkn kt malaysia. then, saya pun dengan naifnya telah emel kepada hospital kt sana bertanyakan  ada x diorg buat servis untuk sunat baby perempuan tp xde sape pun yg reply emel tu. saya jugak ada bertanyakan kt GP Doc diorg, doctor pun x tau apa2 pasal sunat and takde pun inform kata bersunat tu illegal di uk.

Pada Mei 2009, saya and Aleesha balik ke Malaysia nk jumpe family sbb Aleesha cucu sulung sebelah keluarga saya. kebetulan dh balik Malaysia, saya sunatkan Aleesha. dalam bulan julai 2009, saya balik semula ke UK. one day, ada social worker call bg tau yg diorg dpt info drp hospital mengatakan ada emel drp saya tanya pasal sunat. diorg tanya samada saya dh sunatkn Aleesha ke belum. since saya tak tahu pun sunat tu illegal di UK, saya pun dengan bodohnya mengaku dh sunatkan Aleesha di Malaysia. the next day, tibe2, sorg social worker n sorg anggota polis dtg rumah terus check Aleesha (buka nappies Aleesha, check v*gina, etc). saya pun terkejut jugak sbb x tau la pulak sampai melibatkan polis. diorg amik statement kitorg mcm mana kitorg sunatkn Aleesha and so on. Since diorg tgk nothing happened to Aleesha, and Aleesha happy & healthy baby, diorg pun takde cakap apa2. Masa tu diorg takde bagi tau yang sunat tu illegal di UK. Saya cuma ingatkan diorg nk check Aleesha sbb takut ada kecederaan pada Aleesha disebabkan sunat tu.

1 feb 2011, saya selamat melahirkan seorg lagi baby girl yg diberi nama Afreena Raihanah binti Rafeezul. kitorg pun beli tiket flight pd 2 april 2011 & start packing brg sbb excited nk balik Malaysia. seperti biasa, midwife & health visitor datang ke rumah buat routine checkup utk 3 minggu yg pertama selepas bersalin. secara x langsung, dalam borak2 masa health visitor buat checkup, kitorg bgtau yg kitorg dh nk balik Malaysia in April for good. since diorg dh ada record yg Aleesha dah disunatkan di malaysia, pd 25 feb 2011, health visitor ada tanya reen samada kitorg nk sunatkn Afreena atau x. (masa ni saya still x tau yg sunat is illegal in UK sbb masa kes Aleesha, social worker and polis tu x bgtau apa2 pun pasal ni). then, saya kata saya x tau lg, mungkin akan sunat. the next day, 26 feb 2011, social worker dtg dgn 2 org polis dtg rumah utk amik passport Afreena utk halang kitorg bwk Afreena balik ke Malaysia. mula2 kitorg x nk serahkan passport, tp diorg ugut kata klo kitorg x nk bg, diorg nk amik court order supaya kitorg kena serahkan passport kitorang satu family atau diorg nk amik order supaya kitorg serahkan baby utk diletak di bawah penjagaan social service. so kitorg pun xde pilihan terpaksa serahkan jugak.

masa ni saya still dlm pantang. betapa stressnya masa ni. makan, minum, tdo, bengkung, minyak panas, jamu, semua dh x hirau.(nasib baik x meroyan). rafeezul call sana sini mintak bantuan/nasihat (embassy/msd pun kitorg dh call tp diorg xde buat apa2). di antara ayat pegawai embassy yg sgt tidak membantu,"u ingat kitorg sini bukak lawyer firm buat bisnes ke? u cari la lawyer sendiri" , "u student phd, sepatutnye u tau undang2 UK semua tu, yg u bgtau diorg kenapa, that's your mistake". hm..sungguh sopan kata2 pegawai professional tersebut.

Since that day, rafeezul pun x tdo,  x mkn, x minum. bile tgk dia menangis, saya pun lg la x bleh tahan (x penah tgk dia menangis mcm tu skali). 3 mac 2011 (khamis) jam 5 ptg, social worker baru bg tau kitorg kena pegi court pd 4 mac 2011 (jumaat), jam 10pg. kelam kabut nk cari lawyer. kebanyakan lawyer x sanggup nk amik kes within short notice. Alhamdulillah ramai sahabat yg membantu cari lawyer. jam 6.30ptg, kitorg dpt lawyer yg expert dlm family law (Act yg social worker nak caj kitorg tu section 47 children act) tp bayarannye agak mahal. upfront 1000pound + 300pound/hour. Duit takde sbb mmg kitorg bergantung sepenuhnya pada elaun yang universiti bagi. masa ni ramai sahabat-sabahat yg dtg rumah utk bg sokongan moral dan duit. saya pun dh x larat. asyik nk pitam. susu pun dh nk kering. maybe sbb x mkn n x minum. tambah pulak ngan stress. nasib baik kaum2 ibu dtg temankan. Pukul 7ptg (khamis), rafeezul & kengkawan pegi ke london utk jumpe/discuss dgn lawyer. Diorg kumpul duit sesame sendiri untuk bayar lawyer. Pukul 1pg baru diorg smpai kt rumah. masa ni kitorg cuma meletakkan nasib pd lawyer tu & bertawakal kepada Allah.

4 mac 2011 (jumaat), di Mahkamah, judge telah meluluskan permohonan social worker utk menghalang family kitorg drp keluar dari UK. kitorg sgt risau sbb visa dh nk expired bln 4. ini bermakna, klo kes ni belum selesai sehingga visa expired, saya, rafeezul & aleesha boleh dipaksa balik ke Malaysia secara paksa tanpa Afreena. maknanya Afreena akan terus dihantar utk adoption. lawyer kitorg deal ngan laywer social worker & bersetuju utk melantik medical practioner utk check Aleesha samada terdapat any cutting/mutilation to her vagina. if there's no cutting/mutilation, then diorg bersetuju utk drop kes.

11 mac 2011, kitorg bwk Aleesha utk examination. Ya Allah,  mmg menangis tgk cara diorg check Aleesha. (Macam nk rogol pun ye) Aleesha mmg x suka klo org yg tak kenal sentuh2 bhgn bdn dia apatah lagi di bahagian sulit. dia meraung sekuat hati sambil said , "NO!NO!NO!" tambah dengan menggelupur bagai. lepas examination, dia menggigil2 takut and nangis teresak2. seluar/pampers pun dh x nk pakai. dalam perjalanan nk blk rumah pun dia asyik termenung & diam je. bayangkan la klo kite dibuat mcm tu tanpa kerelaan kite sendiri. inikan pulak dia cuma baru 2 thn. puas pujuk dia. selepas drp tu, Aleesha mmg sgt fobia/trauma dgn doctor/nurse. klo sebut je nk pg jumpe doctor, dia dh tutup dia punye "tu" dgn tgn sambil kata NO.

medical report mengatakan yg aleesha normal and there's no evidence of any cutting/mutilation. tp doctor stated yg Aleesha undergone circumsition type 4 (boleh tgk definition WHO Female Genital Mutilation) based own her assumption. social worker x puas hati dgn report tu. diorg nk tahan lama lg passport kitorg sehingga diorg selesai buat research apa kesan sunat dr segi emosi terhadap seorg kanak2 sbb drp segi fisikal mmg xde kesan apa2. lawyer kitorg x setuju and nk fight utk next court hearing.

21 mac 2011, skali lg kena pegi court. mmg menggigil2 dlm court tu, jantung ni berdegup kencang x tau nk cakap mcm mana. dalam kepala asyik terbayang muka Afreena & Aleesha. tp bile judge kata case dismiss, dalam hati tak tahu nak kata apa.. besarnya rahmat Allah... judge tu kata medical report tu misleading & not appropriate sbb buat conclusion based on her assupmtion. lg satu, sbb kitorg sunatkn Aleesha dgn doctor, so there's no doubt about medical standard in malaysia. Alhamdulillah...masa tu mmg x sabar nk peluk Aleesha & Afreena. budak2 tu saya tinggalkan dengan ibu susuan Afreena, siti salwa.

x terbalas jasa2 sahabat2 di bumi Guildford, Surrey & di merata UK & Malaysia atas segala bantuan sokongan moral & kewangan. Total legal fees 8000pund(RM40ribu) utk 2 kali masuk court. Alhamdulillah ramai yg bersimpati & menghulurkan derma utk keluarga kami.

mmg sgt ngeri duduk di negara org. ada malaysian yg kerja social worker kt UK, dia kata, klo masa 1st court hearing kitorg xde lawyer, mmg hari tu jugak social worker nk amik Afreena. Allah masih bersimpati kepada kami.

Semoga apa yang saya alami dapat beri pengajaran kepada keluarga di luar sana untuk lebih berhati-hati apabila berada di bumi orang. jangan mudah percaya dengan manisnya mulut mereka kerana dalam manisnya itu, banyak tersimpan racunnya.


7 comments:

  1. Salam reen..

    tak sangka jumpa blog reen ni..

    mmg ada baca pasal kes ni.

    Akak dulu pun lahirkan dua anak di UK, sorang perempuan dan sorang lelaki. Tap nasib baik, masa saya bertanya dengan sorang akak di sana pasal nak sunatkan anak di sana, akak tu cakap, jgn di tanya pasal sunat di UK. Tak boleh!

    Kami dah balik Mesia, anak dah nak masuk 3 thn, baru kami sunatkan. Mana taknya, kami tak pernah balik selama kami di sana.

    Apa pun alhamdulillah, semua selesai. kesian juga baca citer reen ni.

    Salam kenal ya...

    ReplyDelete
  2. salam kak yus, reen baru berjinak2 ngan blog. x reti satu apa pun. tgh merangkak2 lg nih. thanks sbb singgah blog reen. Alhamdulillah semua dh selesai. salam kenal, keep in touch :)

    ReplyDelete
  3. Salam Reen,
    Alhamdulillah segala - galanya dah selamat. Akak perkenalkan nama akak Kak Shiha. We've never met before but I heard your story via Aryati. Akak teringat cerita pasal ni bila sekarang dah heboh kes Pn. Shal yang kat Sweden tu. Sedih dgn apa yg terjadi... :'(. Akak harap Reen tak kisah sbb akak ada ceritakan semula kisah Reen (tapi tak letak nama) kat dlm FB kawan akak yg interested dgn kes Pn. Shal tu. Dalam FB tu akak cuma ceritakan apa yg berlaku setakat yg diberitahu pada akak, tapi tak letak sebarang nama sbb memang akak tak dapat details. Kemudian Raha bagi link ni kat akak. Kalau Reen nak buat sebarang pembetulan pada cerita yg akak tulis tu, boleh tengok di sini ye: scroll down pada tarikh Jan 21 - lihat di ruang komen atas nama Nazatul Shiha
    https://www.facebook.com/mazlynm?fref=ts

    dan di sini: scroll down pada tarikh Jan 19
    https://www.facebook.com/mohd.monier?fref=ts

    Akak juga mohon nak c&p cerita Reen di atas pada FB kawan akak tu kalau Reen izinkan, semoga menjadi pengajaran kepada semua Malaysian di luar negara. Jazakillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Shiha, kalo boleh reen nak share cerita reen ni utk satu malaysia supaya takde lagi warga muslim malaysia yg mengalami pengalaman yg dah kitorg lalui. Terima kasih sbb share cerita reen. Nak dedahkan nama reen pun takpe. Reen amat alu2kan sape2 yg nk tahu lebih lanjut, boleh hubungi reen 013-6101128.

      Thanks again kak Shiha. :-)

      Delete
  4. Salam Reen..saya sangat perlukan nasihat Reen sekarang..saya mengalami masalah yg sama iaitu social worker dapat tahu saya sedang mencari khidmat bersunat bagi anak perempuan. Dia nak dtg rumah next week. apa yg saya nak cakap ye supaya perkara yg sama x terjadi huhuhuhu help me..

    ReplyDelete
  5. Adik angkat saya yg follow husband dia ke Leicester, baru kena.. dia ada tanyakan dekat muslim uk pasal nk sunatkan baby yg lahir bulan lepas.. terus direport n jadi kes.. alhamdulillah dia sempat balik malaysia dh mggu lepas..

    ReplyDelete